Mengaji Al-Quran 30 Juzuk Bagi Wanita Bekerjaya? Tips ini Membantu anda.

Bila kita dah mula bekerja dan sibuk bekerja selalunya memang tak kan ada masa nak buat kerja lain kan. Hatta nak sikat rambut pun tade masa (yelaa tu:) ). Seawal pagi dah keluar rumah untuk terus berjaya dalam bidang kerjaya pulang pula dah lewat malam. Bila nak selit mengaji Al-Quran 30 juzuk ya?

Bila sampai rumah dah penat mulalah lupa untuk membuat aktiviti rohani seperti mengaji Al-Quran 30 juzuk, membaca tafsirannya, menghafal surah-surah pendek dan bertadabbur.

Admin nak share 3 tips bagaimana anda menjadi wanita super busy tetapi kekal mengaji Al-Quran 30 juzuk setiap bulan.Pssstttt, tips di bawah bukanlah semata-mata tips di rumah saja tetapi untuk kepelbagaian keadaan ataupun situasi anda berada. Teruskan membaca ya!

1. Tentukan Target atau Sasaran

Setiap pencapaian perlu ada target atau sasaran. Okeh, cara membuat target mengaji Al-Quran 30 juzuk perlu menyediakan jadual yang direka sendiri mengikut kesesuaian masa anda yang available dalam sehari ataupun boleh saja download di Jadual Mengaji 30 Juzuk.

Dengan target yang dibuat dapat membantu anda mengaji Al-Quran secara istiqamah dan sistematik. Berazamlah untuk memiliki jadual yang baik untuk mengaji Al-Quran agar bahagia dunia dan akhirat.

2. Mendengar Melalui Smartphone

Teknologi yang semakin canggih sekarang dapat membantu wanita yang bekerjaya untuk kekal mengaji Al-Quran walau dimana pun anda berada tak kira masa dan juga keadaan. Hanya di hujung jari saja anda dah boleh buka apps mengaji di smartphone. Mesti ada smartphone kan?

Bila dah ada apps tersebut dalam smartphone anda, kemana saja anda boleh buka dan dengar ayat Quran tesebut. Apps apa yang sesuai untuk digunakan? Boleh lihat pada gambar di bawah.Admin dah sediakan untuk anda. Ada 8 pilihan mp3 offline yang anda boleh install di smartphone anda.

3. 4 Pages Dalam 1 Waktu

1 juzu’ ada 20 pages betul? Jadi buat list atau reminder setiap kali selepas solat cuba mengaji Al-Quran dalam 4 pages. Macam mana kalau berada di office ketika itu?

Ada 2 pilihan sama ada sambil kerja dengan memperdengarkan ayat tersebut ataupun bawa saja page tersebut untuk solat seterusnya. Paling mudah dengarkan saja dalam perjalanan balik ke rumah. InshaAllah dalam sehari boleh selesai 1 juzu’ kita.


Semoga penulisan ini dapat menjadikan jalan  kepada kita untuk meraih pahala dan mendalami ilmu Allah sebagai wanita yang bekerjaya dan supaya kita semua juga dapat menyeimbangkan kekuatan fizikal dan rohani dalam perkara dunia dan juga akhirat. InshaAllah.

Dialukan kepada yang membaca untuk berkongsi artikel ini kepada yang lain ya. Semoga semua mendapat manfaat daripada penulisan ini. Selamat Beramal !